Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

penyerahan watikah lantikan pengawas 2017

16 Jan. 2017. SMA Pulau Tawar mengadakan majlis penyerahan watikah pengawas 2017 kepada 50 orang pengawas sekolah, 30 orang pengawas pusat sumber dan 20 orang pembimbing rakan sebaya. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan disempurnakan oleh ASP Badrol Azam bin Mohd Dom, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Jerantut. Majlis turut dihadiri semua guru dan pelajar.

(Gambar-gambar majlis penyerahan watikah pengawas 2017)

Tag: watikah pengawas

Papar Artikel

guru baru

Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar menerima seorang guru baru, Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi, 29, yang mula bertugas di sekolah ini mulai 3 Januari yang lalu bagi mengisi tempat Ustaz Habib Mustakim bin Ibrahim yang bertukar ke SMA Rompin. 

Ustaz Fakhrurrazi mendapat pendidikan di SMA al-Khairiah, Kulliah Sultan Abu Bakar dan Universiti al-Azhar. 

Ustaz Fakhrurrazi sebelum ini bertugas di SMA Maran sejak 2012.

Tag: baru

Papar Artikel

Pencapaian SMA meningkat

Keputusan peperiksaan SMA (Sijil Menengah Agama) 2106 yang diumumkan hari ini, 29 Disember 2016, menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun 2015. 27 orang pelajar mendapat pangkat mumtaz dengan 10 orang daripadanya mendapat mumtaz dalam semua subjek. 15 calon mendapat pangkat jayyid jiddan, 17 pelajar mendapat jayyid dan 10 orang dengan pangkat maqbul. Walau bagaimanapun 16 orang pelajar telah mendapat rasib (gagal). GPS pencapaian SMA 2016 Pulau Tawar ialah 2.57.

Keputusan...

Tag: SMA 2016