Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

MALAM PERTANDINGAN NASYID MASISUPA DISAMBUT MERIAH

25 MAC 2019 | ISNIN | MALAM

JERANTUT : Malam pertandingan nasyid MASISUPA KE-35 disambut meriah. Lebih seribu orang telah membanjiri padang SMA Pulau Tawar bagi meyaksikan pertandingan tersebut. Para penonton yang hadir terdiri daripada peserta-peserta MASISUPA dan juga penduduk kampung. Program tersebut bermula seawal jam 9 malam. Pertandingan nasyid melibatkan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang mewakili 4 zon. 

Bagi pertandingan nasyid lelaki dan perempuan, pelajar-pelajar dari Zon 2 telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Sementara Naib Johan Lelaki dan perempuan dimenangi oleh Zon 1. Zon 3 tempat ketiga bagi kategori lelaki dan Zon 4 tempat ketiga perempuan.

Pertandingan Nasyid ini adalah acara terakhir MASISUPA KE-35 yang telah diadakan di SMA Pulau Tawar. Didoakan semua pelajar-pelajar SMAN Pahang akan terus cemerlang dan gemilang.

Tag: #MASISUPA2019SMAPT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini