Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Pencapaian SMA meningkat

Keputusan peperiksaan SMA (Sijil Menengah Agama) 2106 yang diumumkan hari ini, 29 Disember 2016, menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun 2015. 27 orang pelajar mendapat pangkat mumtaz dengan 10 orang daripadanya mendapat mumtaz dalam semua subjek. 15 calon mendapat pangkat jayyid jiddan, 17 pelajar mendapat jayyid dan 10 orang dengan pangkat maqbul. Walau bagaimanapun 16 orang pelajar telah mendapat rasib (gagal). GPS pencapaian SMA 2016 Pulau Tawar ialah 2.57.

Keputusan diumumkan oleh SU Peperiksaan SMA Ustazah Bahiyyah Razali pada 11.00 pagi di Dewan Utama SMA Pulau Tawar.

(Gambar-gambar pengumuman keputusan SMA 2016)

Tag: SMA 2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini