Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SMAPT DISAMBUT MERIAH

24 OGOS 2022 | RABU

Sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah telah disambut dengan meriah pada jam 3.30 petang tadi. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMA Pulau Tawar, Pn. Saniah binti Mohammad AMP. Antara isi ucapan beliau adalah , kita perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas kesempatan masa yang diizinkan , untuk mengadakan program tersebut. Orang-orang Melayu dahulu berjuang dengan nyawa mereka untuk pembebasan negara dari penjajah. Kita mesti berjuang mempertahankan kemerdekaan negara dari dijajah semula oleh orang-orang luar atau pendatang yang dibawa oleh orang-orang Inggeris dahulu. Ini adalah tanah air kita. Tanah air nenek moyang kita. Jangan biarkan bumi yang kita pijak dimiliki oleh orang lain . Sebab itu kita perlu tahu sejarah tanah air kita. Oleh itu anak-anak sekalian, anda perlu belajar bersungguh-sungguh. Jadilah orang yang berilmu , apatah lagi ilmu agama. Anda semua adalah pemimpin masa hadapan . Andalah harapan negara untuk mempertahankan tanah air kita dari dikuasai oleh bangsa lain. Ingatlah anak-anak sekalian, bumi yang kita pijak ini adalah tempat kelahiran pejuang negara kita , iaitu Mat Kilau. “ Jaga bangsa dan Tanah Air. Jangan sampai bangsaku tiada negara.” Itulah antara kata-kata hikmat dari Allahyarham Mat Kilau.

Program disertai oleh semua murid dan guru-guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada petang tadi ialah deklamasi sajak oleh murid-murid serta persembahan koir lagu “Keluarga Malaysia”. Selepas itu diadakan kuiz sejarah dan murid-murid yang dapat mejawab dengan betul diberikan hadiah pada masa itu juga. Program telah Berjaya dilaksanakan dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65. “ KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA “.

Tag: #KELUARGA MALAYSIA TEGUH bersama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini