Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

17 JUN 2023 | SABTU

Mesyuarat Agung PIBG SMA Pulau Tawar Kali Ke-16 telah berlangsung pada pagi Sabtu 17 Jun 2023. Seramai 230 orang ibu bapa telah hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. 
Antara ucapan beliau adalah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu memajukan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Salah satu bantuan yang telah diluluskan adalah membina bangunan asrama lelaki SMA Pulau Tawar. Puan Pengetua SMA Pulau Tawar, telah menyatakan projek Kelas Abad 21 yang memerlukan 2 unit Smart TV serta set penghawa dingin. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad telah bersetuju untuk menaja pembelian 2 unit smart tv kepada sekolah.

Tag: #agmpibg

0 komen

Sila berikan komen anda di sini