USAHA GIGIH CALON SPM 2020 SMA PULAU TAWAR
11 Februari 2021 | KHAMIS
JERANTUT : Debaran SPM 2020 semakin hampir. Namun calon-calon SPM 2020 tidak mudah menyerah kalah. Usaha semakin gigih diteruskan dengan bantuan para guru yang sedia membimbing dan membantu. Kelas tambahan tetap diadakan dalam norma baru PKPP. Penjagaan SOP PKPP di sekolah dipatuhi. Semua calon SPM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi 22 Februari 2021. Marilah kita semua berdoa semoga calon SPM 2020 SMA Pulau Tawar dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam SPM itu nanti. Amiin Ya Robbal Alamin.
0 komen