Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

KEPUTUSAN SMA 2018, CEMERLANG

19 Rabiul Akhir 1440H | 27 Disember 2018
 
JERANTUT : Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 bagi SMA Pulau Tawar adalah CEMERLANG. Seramai 26 orang murid telah mendapat pencapaian MUMTAZ. Empat orang daripada mereka mendapat MUMTAZ SOFI ( 10A ). Murid-murid yang berjaya mendapat 10A ialah SITI NORZULAIKHA BT MD NOH , NAJWA FARIHAH BT AHMAD ZAIDI, SYARIFAH HANI ILMUNA BT SYED ISKANDAR dan AINUL MARDHIAH BT MOHAMAD NAZRI.

GPK Kurikulum, Puan Nor Asmah binti Idris telah mengumumkan keputusan SMA 2018. Kelihatan ramai ibu bapa, guru dan murid menerima keputusan tersebut dengan gembira. Tahniah diucapkan kepada SMA PULAU TAWAR. Didoakan semoga 2019 akan terus melakar kejayaan yang gemilang. Insya Allah.

Tag: #keputusan SMA2018 smapt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini