Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

SPM TELAH BERMULA

22 Februari 2021 | ISNIN

JERANTUT : Peperiksaan SPM 2020 telah mula dilaksanakan pada pagi ini. Seawal pagi calon-calon SPM SMA Pulau Tawar telah bersedia menghadapinya. Bermula dengan proses pengambilan suhu dalam penjarakan fizikal. Suhu-suhu calon telah direkodkan oleh guru yang bertugas dan diserahkan semua maklumat calon tersebut kepada Ketua Pengawas Peperiksaan SPM. Semua calon bergerak masuk ke dewan peperiksaan apabila diminta oleh Ketua Pengawas SPM. Sebelum itu , dalam keadaan penjarakan fizikal , satu majlis doa diadakan agar dapat membantu calon-calon menghadapi SPM. Didoakan semoga semua calon SPM 2020 SMA Pulau Tawar beroleh kejayaan yang cemerlang nanti. Amiinn.

Tag: # SPM2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini