Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Ceramah Motivasi Alumni SM Agama Pulau Tawar

2 Februari 2023 | 11 Rejab 1444 H | Jerantut

Satu siri Program Akhir Tahun Pelajar Menengah Rendah telah bermula di SM Agama Pulau Tawar. Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 3 yang telah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun sesi 2022/23. Pada hari ini , bersamaan 2 Februari 2023 ( Khamis ) telah diadakan Program Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh alumni pelajar sekolah ini. Beliau ialah Dr. Muhamad Amir Afiq bin Lokman. Sekarang beliau bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semua pelajar yang menghadiri program berasa teruja dan bermotivasi tinggi untuk berjaya seperti Dr. Muhamad Amir Afiq bin Lokman. Program telah diadakan di surau sekolah dan turut hadir di dalam program tersebut ialah guru-guru SMA Pulau Tawar.

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini