GERAI PERSATUAN USAHAWAN MUDA SMA PULAU TAWAR DISERBU OLEH PARA PELANGGAN

18 Januari 2020 | 23 J.Awal 1441H

JERANTUT, Gerai Persatuan Usahawan Muda (PUM) SMAPT telah dikunjungi oleh para pelajar pada pagi Sabtu 18 Januari. Seramai 3 orang ahli persatuan dan 4 orang sukarelawan telah berjaya menarik perhatian para pelajar untuk membeli juadah makanan dan minuman. Pembukaan gerai tersebut adalah kali pertama untuk tahun 2020. Ahli-ahli persatuan dan sukarelawan bertugas secara mingguan mengikut giliran. Menurut Nor Aina Najihah bt. Razali ( T5 Al-Kindi ) yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pengerusi PUM SMAPT, perancangan perniagaan ini telah dirancang sejak tahun lepas. Untuk tahun 2020 , PUM akan mejalankan aktiviti perniagaan sebanyak 3 kali dalam sebulan. Menu makanan yang diniagakan pada pagi tadi ialah seperti makaroni keju, sandwich, jagung rebus dan lain-lain. Sambutan para pelajar adalah amat menggalakkan. Di doakan semoga usaha kecil ini akan memberi motivasi kepada para pelajar untuk menceburkan diri sebagai usahawan yang berjaya pada hari yang mendatang.

Tag: #PUM2020