Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

Kasih Bonda

8 Februari 2023 | Jerantut

Program Kasih Bonda telah dijalankan di surau SM Agama Pulau Tawar. Para peserta program terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.  Program telah diadakan pada jam 3.30 hingga 4.30 petang. Puan Pengetua telah menyampaikan ceramah Kasih Bonda. Antara objektif program adalah untuk menyuburkan semangat prihatin dan kasih sayang kepada pelajar-pelajar agar dengan itu dapat membangkitkan semangat juang untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah SWT. Doakanlah...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Program Lawatan Sambil Belajar

8 Februari 2023 | Jerantut
Satu program lawatan sambil belajar telah diadakan di Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 3, SMAPT. Lawatan diadakan pada jam 1.00 hingga 2.00 petang. Antara objektif lawatan adalah untuk mengingati Pahlawan yang telah berjuang menentang penjajahan Inggeris. Beliau adalah Mat Kilau. Inilah contoh yang boleh diambil di kalangan pelajar untuk terus berjuang mengisi kekosongan kemerdekaan tanah air.

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Program Motivasi Khas Membina Impian

8 Februari 2023 | 17 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Satu program motivasi khas yang berjudul “Membina Impian” telah dilaksanakan di Dewan Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar. Program dianjurkan oleh SMAPT telah berjaya diadakan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Sasaran adalah pelajar Tingkatan 3 SMAPT. Penceramah jemputan adalah Us. Mohamad Hashim Bin Shahidan. Antara objektif program adalah memberi kesedaran kepada pelajar tujuan mereka berada di SMAPT. Selain itu mendorong pelajar...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

KLINIK AL-QURAN DAN TAJWID

8 Februari | 17 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Klinik Al-Quran dan Tajwid telah berjaya dilaksanakan bermula pagi ini. Program dilaksanakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru AL-Quran SMAPT.  Kelihatannya pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2, bersungguh-sungguh belajar Al-Quran dan tajwid. Moga-moga akan lahir para qori dan qoriah di satu masa nanti.

Tag: #program akhir tahun 2022