Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2022

8 JUN 2023 | KHAMIS | JERANTUT

Keputusan SPM 2022 telah dimaklumkan kepada semua pelajar SPM 2022 pada pagi ini di Bilik Mesyuarat 1, SMA Pulau Tawar.  Keputusan keseluruhan meningkat berbanding SPM Tahun 2021. Tahniah kepada semua pelajar dan warga SMA Pulau Tawar.

Tag: #SPM2022

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

24 Mac 2023 | Jerantut

Pagi ini di dewan Al-Biruni, SMAPT, telah diadakan program motivasi pelajar Tingkatan 4 & 5. Program telah dikendalikan oleh Cikgu Azahari bin Dol dari SMK Jengka Pusat 2. Antara isi penyampaian adalah berkaitan hala tuju selepas SPM. Pelajar-pelajar teruja mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan.

Tag: #cemerlang smapt

Papar Artikel

LATIHAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH

24 Mac 2023 | Jerantut

Pagi ini , semua pelajar yang telah dipilih menjadi pengawas sekolah , telah melakukan latihan penyerahan watikah pengawas. Penyerahan watikah penagawas akan diadakan pada minggu hadapan. Semua pengawas kelihatan segak dan bersungguh semasa melaksanakan latihan tersebut.

Tag: #Pengawas

Papar Artikel

KURSUS PENGHAYATAN BAHASA ARAB

24 Mac 2023 | Jerantut

Satu kursus penghayatan Bahasa Arab telah dilaksanakan di surau al-Hidayah , SMA Pulau Tawar (SMAPT). Program dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Dawoud Abdallah Musleh. Peserta kursus terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pelajar-pelajar berasa seronok belajar bahasa Arab. Selain cermah , juga terdapat aktiviti berkumpulan yang mana semua pelajar mesti bertutur bahasa Arab.

Tag: #cemerlang Bahasa Arab