Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

Pelancaran Program Ihya Ramadan & 4K

22 Mac 2023 | Jumaat

Pagi Rabu ini , telah dilancarkan program Ihya Ramadan & 4K. Program telah dirasmikan oleh Pn. Pengetua SMA Pulau Tawar. Pengetua menasihatkan pelajar-pelajar agar menggunakan kesempatan di bulan Ramadan kali ini untuk banyakkan membaca Al-Quran serta tingkatkan usaha belajar. Program telah dihadir oleh semua pelajar dan guru.

Tag: #ihya ramadan

Papar Artikel

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

26 FEBRUARI 2023 | AHAD | JERANTUT

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 akan diadakan pada 1 Mac 2023 , bersamaan hari Rabu. Waktu pendaftaran adalah bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Oleh itu phak sekolah berharap ibu bapa dapat hadir untuk pendaftaran anak-anak mereka mengikut waktu yang dinyatakan . Pembayaran yuran persekolahan boleh dilakukan secara atas talian sebelum hari pendaftaran.

Tag: #daftar tingkatan 1

Papar Artikel

PROGRAM SOLAT SUNAT TASBIH

16 Februari 2023 | Jerantut

Pada setiap pagi, pelajar-pelajar telah mengamalkan solat sunat dhuha dan hajat. Untuk hari ini bersamaan hari Khamis, telah diadakan tambahan amalan solat sunat , iaitu solat sunat Tasbih. Semua pelajar menghadiri program ini kecuali pelajar tingkatan 5 kerana mereka sedang menghadapi Ujian Mendengar BM & BI peringkat SPM. Imam yang mengetuai solat sunat ialah Us Fakhrurazi bin Hanafi. Turut hadir menyertai ialah guru-guru dan Pengetua SMA Pulau Tawar , Pn...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN HAIWAN

15 Februari 2023 | Jerantut

Pada hari Rabu bersamaan 15 Februari 2023, satu kursus asas penyembelihan haiwan telah dilaksanakan di SMA Pulau Tawar. Kursus ini melibatkan semua pelajar SMAPT. Penyampaian teori dan amali proses penyembelihan telah disampaikan oleh Us. Ahmad Shah bin Jamlus di dewan terbuka sekolah. Setelah itu beberapa orang pelajar telah dipilih untuk melaksanakan proses penyembelihan ayam sebanyak 29 ekor. Setiap pelajar yang dipilih akan menyembelih seekor ayam. Us. Ahmad...

Tag: #program akhir tahun 2022