Pegawai Perhubungan Sekolah untuk SMA Pulau Tawar
Inspektor Nur Fazwani binti Che Hasan diberi tanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi SMA Pulau Tawar untuk tahun 2018. Beliau bertugas di Balai Trafik, IPD Jerantut. Inspektor telah hadir semasa hari pertama persekolahan dan majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sesi 2018 baru-baru ini.
Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas
22 Jan. SMA Pulau Tawar mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pengawas untuk pengawas-pengawas sekolah, pusat sumber sekolah dan pembimbing rakan sebaya yang baru dilantik bagi sesi 2018. (Gambar program)
Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyayian lagu sekolah menengah agama diikuti oleh ucapan Pengetua, En. Mazril Yahya. Penyampaian Watikah lantikan Pengawas disempurnakan oleh Inspektor Nor Fazwani binti Che Hasan daripada IPD Jerantut yang merupakan pegawai perhubungan sekolah bagi SMA...
majlis muafakat
19 Jan. SMA Pulau Tawar dengan kerjasama PIBG sekolah mengadakan Majlis Muafakat 2018. Program ini menemukan pentadbiran sekolah, PIBG dan ibu bapa dengan tujuan perbincangan bersama tentang strategi peningkatan akademik pelajar dan sumbangan ibu bapa dalam membantu menjayakan program-program yang dirancang pihak sekolah. Ibu bapa juga dapat memberi pandangan dan cadangan masing-masing selepas mendengar pembentangan program-program yang akan dilaksanakan di sekolah. (Gambar program)
...
PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU 2018 DIBUKA SEKARANG.
Permohonan masuk ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang boleh dilakukan mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Semua permohonan adalah secara online sahaja melalui: http://esma.pahang.gov.my