PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU 2018 DIBUKA SEKARANG.
Permohonan masuk ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang boleh dilakukan mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Semua permohonan adalah secara online sahaja melalui: http://esma.pahang.gov.my
HARI TAUTAN KASIH DAN PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
21 Julai 2017. SMA Pulau Tawar mengadakan Hari Tautan Kasih untuk ibu bapa dan penjaga pelajar yang akan menduduki peperiksaan-periksaan utama tidak lama lagi. Ibu bapa bersama anak masing-masing mendengar ceramah motivasi dan keibubapaan yang disampaikan oleh En. Abd Basib bin Jabal, Ketua Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Zon Timur (Temerloh) yang juga merupakan bekas pelajar SMA Pulau Tawar pada akhir tahun 70-an. (Gambar-gambar program)
Pelaporan keputusan peperiksaan Pertengahan...
CERAMAH NUZUL QURAN
17 Jun 2017. SMA Pulau Tawar menganjurkan satu ceramah sempena Nuzul Quran kepada semua pelajar . Ceramah diadakan di Dewan al-Biruni selama sejam setengah bermula pada pukul 9.00 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ashaari, seorang penceramah agama. Dalam ceramahnya, Ustaz Zulkifli tidak menyampaikan sejarah Nuzul Quran itu sendiri kerana menurutnya, sejarah itu telah saban kali diperdengarkan semasa setiap kali ceramah Nuzul Quran. Sebaliknya, penceramah menekankan pengajaran daripada...
Pengagihan wang bantuan persekolahan MUIP
15 Mac 2017. Pegawai Majlis ugama Islam (MUIP) Jerantut, Encik Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam mengagihkan wang bantuan persekolahan kepada semua pelajar SMA Pulau Tawar. Setiap pelajar menerima seratus ringgit tanpa mengira latar belakang keluarga. Majlis diadakan di Dewan al-Biruni bermula jam 9.30 pagi. Majlis turut dihadiri oleh guru-guru dan beberapa kakitangan MUIP daerah Jerantut.
(Gambar-gambar majlis pengagihan wang bantuan persekolahan MUIP)
(Gambar-gambar majlis pengagihan wang bantuan persekolahan MUIP)