Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Tag: "#maahadsas2022"

Papar Artikel

TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2023

BANDAR JENGKA – Pada 31 Disember 2022, temu uji pelajar Tingkatan 1 sesi 2023 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Pelajar akan diuji dengan 2 bentuk ujian iaitu bertulis dan lisan. Ujian bertulis bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Selepas itu, ujian lisan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Manakala Ibubapa dan Penjaga telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua berkaitan Maahad SAS semasa anak masing-masing sedang menjawab soalan. 

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

KEM BAHASA ARAB DAN AL-QURAN

BANDAR JENGKA – Kem Bahasa Arab dan Al-Quran diadakan untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 secara berasingan. Pelajar Tingkatan 3 pada 11 hingga 13 November 2022. Manakala pelajar Tingkatan 2 pada 25 hingga 27 November 2022. Untuk pelajar Tingkatan 1 pada 2 hingga 4 Disember 2022. Para pelajar dikehendaki membawa satu buku tulis kosong untuk diberi latihan dan kaedah membuat ayat. Semoga para pelajar terus bersemangat dan cintakan Bahasa Arab.

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

KARNIVAL STEM : PERTANDINGAN TEKNOLOGI RUMAH HIJAU & BRIDGE BUILDING

BANDAR JENGKA – Pada 30 November 2022, Karnival Science, Technology, Engeneering and Math (STEM) diteruskan dengan acara pertandingan Teknologi Rumah Hijau dan Bridge Building yang diadakan di Dewan Abu Bakar. Penyertaan adalah pelajar Tingkatan 1 hingga 3 mengikut Kelab dan Persatuan. Pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam menghasilkan bandar hijau dan jambatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 2 acara ini adalah penutup bagi Karnival STEM tahun ini. Karnival ini mendapat sambutan...

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

PERASMIAN KARNIVAL STEM & PERTANDINGAN PAYUNG TERJUN

BANDAR JENGKA – Pada 14 November 2022, Karnival Science, Technology, Engeneering and Math (STEM) telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Azmy Murad Bin Mohamed Yatim di padang sekolah. Selesai perasmian, karnival ini diteruskan dengan acara pertandingan Payung Terjun. Penglibatan acara ini adalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga 3 mengikut Kelab dan Persatuan masing-masing. Acara ini turut dibantu oleh guru-guru antaranya ialah Cikgu Mohd Nur Iman, Cikgu Nurriduan dan Cikgu...

Tag: #maahadsas2022