Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENGUMUMAN PEPERIKSAAN STAM 2022

BANDAR JENGKA - Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022, diumumkan pada 18 April 2023. Pengumuman Peperiksaan STAM unutk Ma'ahad SAS diumumkan di Dewan Saidina Ali. Ma'ahad SAS berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.71. Pencapaian ini adalah merupakan hasil titik peluh guru dan pelajar. Seramai 6 orang pelajar berjaya mendapat pangkat Mumtaz. Pelajar terbaik yang mendapat Mumtaz bagi keseluruhan subjek ialah Ahmad Huzaifi bin Ahmad Ariff Nasation. Tahniah diucapkan kepada para pelajar lepasan STAM 2022 atas pencapaian yang membanggakan dan selamat maju jaya untuk peringkat seterusnya.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini