Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 REMAJA BERUMUR 13-15 TAHUN DOS KEDUA

Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Selasa 19 Oktober 2021- Program Imunisasi Covid-19 Remaja Berumur 13 - 15 tahun bagi dos kedua telah berjalan dengan jayanya. Program yang bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
 
Bilangan pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang menerima vaksin seramai 425 orang dan pelajar ‘walk in’ seramai 6 orang. Guru yang bertugas sebagai sukarelawan seramai 17 orang, petugas kesihatan pula seramai18 orang dan pengawal keselamatan seramai 4 orang membantu melancarkan Program Imunisasi Covid-19 tersebut. Pergerakan mengikut stesen telah disusun bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Diharapkan program imunisasi Covid-19 memberi manfaat untuk kesejahteraan bersama. 
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal sehingga selesai program tersebut. Semoga para pelajar diberi kesihatan yang baik dan dijauhi virus Covid-19. Lindung diri, Lindung semua.
 

Tag: #programvaksinasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini