Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024

BANDAR JENGKA - Sesi baharu persekolahan 2023/2024 bermula pada hari Isnin 20 Mac 2023. Para guru dan pelajar berkumpul di Dewan Saidina Ali seawal 7.20 pagi untuk sesi perhimpunan pagi sempena hari pertama persekolahan. Perhimpunan dimulakan dengan alunan Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Naim bin Zainudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Zaliki bin Kadir dan Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 ke Ma'ahad SAS dan selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu kepada pelajar Tingkatan 2,3,4&5. Semoga sesi persekolahan kali ini menjadikan Ma'ahad SAS lebih baik dan cemerlang serta dapat mencipta kejayaan sama ada dalam bidang akademi atau kokurikulum.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini