Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM IQRA' LESTARI (PERTANDINGAN SELAWAT DAN PENUTUP)

BANDAR JENGKA – Pada 16 Oktober 2022, pertandingan selawat di bawah Program Iqra’ Lestari telah diadakan di Dewan Saidina Ali pada pukul 8.30 pagi. Pelajar yang terlibat adalah dari Tingkatan 1 hingga 4. Setiap tingkatan perlu menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 7 orang ahli. Setelah selesai pertandingan selawat, aktiviti terakhir untuk Program Iqra’ Lestari adalah majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Alaq oleh Muhammad Hfiy Mustaqim pelajar Tingkatan 4 Ekonomi. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Pengetua Maahad SAS, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Diharapkan para pelajar mendapat faedah dan manfaat daripada pelaksanaan program ini dan menerapkan budaya membaca dalam diri masing-masing. 

 

Tag: #maahadsas2022 #iqralestari2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini