Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 REMAJA BERUMUR 16 - 18 TAHUN BAGI DOS KEDUA

12 Oktober 2021 – Seramai 213 orang pelajar daripada tingkatan 4, 5 dan 6 Ma'ahad As- Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah menerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin [PPV] bertempat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 
 
Pelajar yang tinggal di asrama telah dibawa dengan menaiki bas manakala pelajar berulang datang bersama ibu atau bapa masing-masing. Guru yang bertugas seramai 13 orang yang bersama membantu melancarkan urusan PPV pada hari tersebut. 
 
Segala urusan berjalan dengan lancar. Semoga kita semua dilindungi Allah. 
 

Tag: #Imunisasi Covid-19 Remaja 16-18 tahun

0 komen

Sila berikan komen anda di sini