Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 24 OGOS 2017(Khamis), sambutan sempena hari kemerdekaan ke-60 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Besar Saidina Ali Ma’ahad SAS bermula jam 8.00 sehingga 12.00 tengah hari. Beberapa pertandingan yang dipertandingkan sebelumnya iaitu acara bilik-bilik patriotik(bilik-bilik guru, pejabat,perpustakaan dan galeri), kelas-kelas patriotik, dan kereta patriotik. 

Sambutan dimeriahkan persembahan pantun oleh wakil guru lelaki iaitu Cikgu Nurriduan dan persembahan deklamasi sajak oleh Cikgu Wan Sofian dan dari wakil pelajar.  Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua Ma’ahad SAS, Puan Noraini Binti Abdul Manap. 

Tag: hari kemerdekaan ke 60

0 komen

Sila berikan komen anda di sini