Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS RESTU ILMU

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 September 2019 (Jumaat), pihak sekolah menganjurkan program solat hajat perdana dan majlis restu ilmu untuk semua warga Ma’ahad SAS khususnya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan bersijil iaitu PT3, SMA, SPM dan STAM bagi tahun 2019. YDP PIBG, AJK PIBG, para ibu bapa dan guru-guru dijemput bersama dalam majlis tersebut. 

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin. Kemudian diikuti dengan solat dhuha ,solat hajat dan seterusnya pengisian majlis dengan ceramah motivasi oleh Dr. Haji Asjad Bin Mohamad, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Jengka. Semoga para pelajar khususnya berjaya dalam peperiksaan yang akan dihadapi pada tahun ini. Insya Allah. 

Tag: Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini