Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS GRADUASI STAM 2016

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10 Mac 2017 (Jumaat), Majlis Graduasi STAM 2016 telah diadakan dengan jayanya buat kali pertama di Ma’ahad SAS. Seramai 55 orang graduan menerima sijil STAM 2016 bermula dari pangkat Mumtaz sehingga pangkat Maqbul. 

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh En. Bakar bin Mat Saad, KPPP Bahagian Pendidikan JAIP. Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian Bin Asmuni dan para ibu bapa graduan. Majlis tamat pada jam 11.30 pagi. Semoga usaha ini mendapat sokongan padu dan menjadi pendorong kepada para pelajar STAM 2017 untuk lebih bersaing secara positif.

gambar pelajar maqbul dan guru-guru stam

Tag: graduasistam2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini