Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN MA’AHAD SAS 2016 & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG MA’AHAD SAS KALI KE-27 TAHUN 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –15 April 2017 (Sabtu), PIBG Ma’ahad SAS telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-27 Tahun 2017 bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hinggg 11.00pagi. 

Pada jam 11.00pagi, Majlis Apresiasi Pendidikan 2016 telah dirasmikan oleh YB. Dato. Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ucapan tahniah kepada para guru dan para pelajar yang menerima anugerah. Semoga segala usaha dan sumbangan mereka-mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebaliknya mendapat keredhaan Allah. 

Tag: pibg&apresiasi pendidikan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini