Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 REMAJA BERUMUR 13-15 TAHUN

 28 September 2021 –Program Imunisasi Covid-19 Remaja Berumur 13 - 15 Tahun telah berjalan dengan jayanya. Program yang bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. 
 
Bilangan pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang menerima vaksin seramai 425 orang dan pelajar ‘walk in’ seramai 6 orang. Guru yang bertugas sebagai sukarelawan seramai 21 orang, petugas kesihatan pula seramai18 orang, pegawai polis 3 orang dan seorang pegawai pendidikan daerah membantu melancarkan Program Imunisasi Covid-19 tersebut. Pergerakan mengikut stesen telah disusun bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Diharapkan program imunisasi Covid-19 memberi manfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan bersama. 
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal sehingga selesai program tersebut. Semoga para pelajar diberi kesihatan yang baik dan dijauhi virus Covid-19. Lindung diri, Lindung semua.

foto berikunya: http://sman.pahang.edu.my/schools/13/galleries/1028

Tag: #Imunisasi Covid-19 Remaja 13-15 tahun

0 komen

Sila berikan komen anda di sini