Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MASISUPA PERINGKAT NEGERI

PEKAN – Pada 22-25 Julai 2022, MASISUPA peringkat negeri telah dijalankan di sekitar Pekan. Bagi kategori ilmiah, semua acara dipertandingkan di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Manakala bagi kategori sukan pula menggunakan 3 buah sekolah iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Tengku Ampuan Fatimah dan SMA Al-Attas. Terdapat 4 zon yang menyertai MASISUPA peringkat negeri dan Maahad SAS berada dalam Zon 2. Tahniah diucapkan kepada Zon 2 kerana berjaya mendapat Johan kategori sukan dan Johan keseluruhan. Untuk kategori sukan, pungutan pingat sebanyak 12 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Manakala kategori ilmiah, pungutan pingat sebanyak 7 emas, 10 perak dan 7 gangsa. Semoga kekal cemerlang dan johan untuk MASISUPA peringkat negeri pada masa akan datang.
 

Tag: #maahadsas2022 #masisupa2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini