Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PERASMIAN USRAH SESI 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 29 Januari 2018 (Isnin), Badan Dakwah dan Ibadah Ma’ahad SAS telah mengadakan Majlis Perasmian Usrah sesi 2018. Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar Saidina Ali, Ma’ahad SAS semasa perhimpunan pagi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Puan Noraini binti Abdul Manap.

Program usrah merupakan satu agenda bulanan bagi setiap tahun di Ma’ahad SAS yang melibatkan semua pelajar asrama tingkatan 1 hingga 6. Tujuan usrah dilaksanakan adalah untuk memantapkan sahsiah dan akhlak pelajar di samping merapatkan ukhuwah sesama pelajar khususnya. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan Allah. 

 

 

 

Tag: perasmianusrah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini