Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM PENGENALAN STAM 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 & 15 Januari 2017 (Sabtu dan Ahad), Program Pengenalan STAM telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Ma’ahad SAS. Program ini dihadiri oleh semua pelajar calon STAM 2017  Pada hari Sabtu, program bermula dengan Ceramah Hala Tuju Lulusan STAM oleh Ustaz Zamri bin Ab. Kadir, Sektor Pembinaan Ujian Akademik LPM. Kemudian sesi petang adalah Sesi Bersama Alumni STAM dan Mentor Mentee. Hari berikutnya adalah Ceramah Motivasi oleh YDP PIBG, En. Norsufian Bin Asmuni dan berakhir dengan Ceramah Cabaran Calon STAM oleh Ustaz Lebai Idris bin Ali. Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar JAIP.

Tag: pengenalan stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini