PROGRAM QURAN HOUR 2018
Temerloh – Pada bulan ramadhan yang lepas, Persatuan Badan Dakwah Ibadah dan Surau (BADIS) Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan program quran hour dan ceramah perdana. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh PU Faris. Ceramah disampaikan selepas solat tarawih di surau sekolah.
SAMBUTAN HARI GURU SMAIG 2018
Temerloh – Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tingkatan Lima (PERLIMA). Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan untuk para guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru. Semua guru menyertai setiap aktiviti yang diadakan. Tema guru pada tahun ini adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.
PENENTUAN ARAH KIBLAT SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI
TEMERLOH - 29 MAC 2018 : Penentuan arah kiblat di SMA Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang oleh Bahagian Falak Unit Arah Kiblat Jabatan Mufti Negeri Pahang.
MASISUPA NEGERI 2018
Padang Tengku, Kuala Lipis - Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke 34 Peringkat Negeri 2018 telah berlangsung selama empat hari bermula 17 Mac sehingga 20 Mac 2018 bertempat di Sekolah Menengah Agama Al Maidah Addiniah Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. Kejohanan ini telah disertai oleh pelajar – pelajar dari semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang yang mewakili 4 zon. Antara acara Ilmiah yang dipertandingkan adalah Syarahan BM, BI dan...