Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019

Pada 5 Mac 2020, telah berlangsungnya pengumuman keputusan SPM 2019. Pengumuman dan penyerahan keputusan telah disampaikan oleh Pengetua SMA Al Ittifaqiyyah Guai Tuan Haji Zulkifli bin Md Nor. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019.

Tag: spm 2019

Papar Artikel

MASISUPA ZON 3 KALI KE 36 TAHUN 2020

Pada Februari 2020 telah berlangsung Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang peringkat Zon 3 bagi tahun 2020. Penganjuran MASISUPA Zon 3 pada kali ini telah diadakan secara berperingkat di mana telah dimulakan dengan acara sukan yang dilaksanakan di beberapa tempat dan acara ilmiah telah berlangsung di SMA Al Ittifaqiyyah Guai selaku Tuan Rumah untuk tahun 2020. Pelbagai reaksi suka dan duka yang dapat disaksikan ketika acara berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada...

Tag: MASISUPA ZON 3 2020

Papar Artikel

TAKLIMAT HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV) 2020

Tanggal 7 Januari 2020, telah berlangsungnya Taklimat HPV bagi pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 1. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai daripada Unit kesihatan sekolah Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Tujuan taklimat ini diberikan adalah memberi kesedaran tentang risiko untuk dijangkiti HPV bagi anak gadis dan dengan mengambil pelalian ini boleh melindungi mereka daripda mendapat kanser servik pada masa akan datang. 

Tag: HPV 2020