Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

MISBAHUL MUNEER KE MIISSMAM 2018

Temerloh – Pada 27 hingga 29 Julai yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISSMAM) peringkat kebangsaan. Majlis yang berprestij ini telah diadakan di Maahad Ahmadi Gemencheh dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan selaku tuan rumah pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, seramai 10 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai mewakili Negeri Pahang telah menyertai acara nasyid kategori lelaki. Kumpulan yang telah diberi...

Tag: MISBAHUL MUNEER

Papar Artikel

BENGKEL LITERASI BAHASA ARAB TINGKATAN 1 & 2 2018

Temerloh – Pada 20 hingga 21 Julai yang lepas, Pusat Bahasa JAIP telah mengadakan Bengkel Penataran Literasi Bahasa Arab untuk tingkatan 1 dan 2. Justeru, semua pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah menengah agama al ittifaqiyyah guai telah menyertai bengkel selama 2 hari ini. Bengkel telah disampaikan oleh 2 orang guru daripada Pusat Bahasa JAIP iaitu Ustaz Hany Mostafa Kamel Abd El Nasir dan Ustaz Ussam Ali Mansur.

Tag: BENGKEL LBA 2018

Papar Artikel

HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

Temerloh – Pada 13 julai yang lepas, Unit Kurikulum Sma Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan Hari Pelaporan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Tujuan hari pelaporan ini diadakan adalah untuk menyampaikan keputusan pelajar kepada ibu bapa dan memberitahu tahap pencapaian pelajar-pelajar disekolah. Jam seawal 9.00 pagi ibu bapa mula memenuhi kawasan sekolah. Tepat jam 10.00 pagi keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa telah mengambil keputusan peperiksaan...

Tag: HARI PELAPORAN 2018

Papar Artikel

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL QURAN 2018

Temerloh – Pada 29 Mei yang lepas, SMA Al Ittifaqiyyah Guai telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Perdana. Majlis telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, TYDP PIBG dan AJK PIBG serta JKKK Kampung Guai dan AJK Masjid Guai. Pelbagai juadah telah disediakan untuk para tetamu, guru, staf serta pelajar-pelajar. Selain dari itu, Majlis Khatam Al Quran juga telah diadakan pada sebelah petangnya. Majlis Khatam ini telah disertai seramai 30 orang daripada pelajar Aspura dan...

Tag: BERBUKA PUASA 2018