Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

Pengiktirafan MBK untuk SMA Al-Ittifaqiah Guai!

Pada 4 Februari 2026, bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai telah menerima pengiktirafan rasmi sebagai premis TIADA TERDAPAT BAHAYA KEBAKARAN di Negeri Pahang.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen pihak sekolah dalam memastikan aspek keselamatan kebakaran sentiasa diberi keutamaan demi kesejahteraan seluruh warga sekolah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam memperkukuh budaya keselamatan di sekolah.

Tag: smaalittifaqiahguai KeselamatanSekolah JBPM MBK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini