SUMBANGAN EHSAN KEPADA KELUARGA PELAJAR SUSAH
LANCHANG : JANUARI 2017 - Wang ringgit mungkin tiada apa nilainya sangat kepada mereka yang sudah biasa menghirup kopi di restoran mewah atau menonton wayang di panggung bertaraf gold class, namun kepada yang sudah biasa hidup susah serta serba kekurangan, RM100 walaupun tidaklah sebesar mana, malah ia boleh menjadi sebagai penyambung hidup kepada keluarga yang tidak berkemampuan.
Awal Januari tahun 2017, rombongan dari SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI yang disertai oleh Pengetua, GPK Kurikulum, GPK HEM, guru kelas serta warden telah berkesempatan menziarahi keluarga kepada pelajar Mohamad Alias Bin Mahadi dan Muhammad Yunus Bin Mahadi di alamat Kampung Bongsu, Lanchang. Seperti sedia maklum, ibu bapa kepada pelajar tersebut En. Mahadi Bin Sibu dan Pn. Suani Binti Mohd Sidek tidak mampu bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Tambahan pula, Ibu kepada 2 orang pelajar tersebut telah menggunakan kerusi roda untuk menguruskan aktiviti harian kesan akibat daripada kemalangan. Keluarga tersebut perlu menyara anak seramai 4 orang dan 3 daripadanya masih belajar.Sehubungan itu, dengan keprihatinan pihak sekolah bersetuju memberikan sumbangan ehsan kepada keluarga tersebut. Diharap sumbangan yang telah diberikan dapat meringankan beban kepada keluarga tersebut " HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN "

0 komen