Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SMA AL-ITTIFAQIAH GUAI TEMERLOH SESI 2024/2025

Pada 24 Julai 2025 (Khamis) telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai Temerloh bagi meraikan pencapaian cemerlang para pelajar bagi sesi 2024/2025.

Majlis yang diadakan di Dewan Amal SMAIG ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Encik Ahmad Nizam Bin Abdul Manan sebagai wakil rasmi Timbalan Pengarah, YH Dato' Haji Abdul Zaki Bin Md Zain. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Ketua Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JAIP sebagai tetamu penyampai hadiah khas. 

Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah pada masa akan datang.

Tag: smaig KecemerlanganAkademik JAIP PendidikanBerkualiti smaalittifaqiahguai KecemerlanganPelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini