UJIAN SARINGAN TALASEMIA 2018
TEMERLOH : 6 FEBRUARI 2018 telah berlangsung program ujian saringan Talasemia. Ujian saringan ini telah dilaksanakan oleh jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Ujian ini telah dilaksanakan kepada pelajar -pelajar tingkatan 4 sahaja. Apa itu talasemia ? Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan. Penyakit ini diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Ujian saringan Talasemia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Bagi pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di semua sekolah.
0 komen