MAJLIS PENYERAHAN BAUCER KANTIN SEKOLAH SMA AL-ITTIFAQIAH GUAI
Pada 23 September 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucer Kantin Sekolah bertempat di SMA Al-Ittifaqiah Guai.
Majlis ini telah diasmikan oleh YB Dato' Sabariah binti Haji Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Guai. Kehadiran beliau merupakan suatu penghargaan besar buat warga sekolah dalam menyokong kebajikan pelajar dan memperkukuh kemudahan sekolah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, serta Dato' Seri Abdul Rahman bin Md Yunus, Pengerusi Alumni SMA Al-Ittifaqiah Guai.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Sabariah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga dengan adanya inisiatif ini, pelajar SMAIG akan terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan.

0 komen