PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2018
Tanggal 14 Disember 2017 telah berlangsungnya pendaftaran pelajar tingkatan 1 2018 Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi di Dewan Amal SMAIG. Seawal jam 8.00 pagi ibu bapa dan penjaga telah hadir bagi membuat pendaftaran untuk anak-anak masing-masing. Bagi pendaftaran pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 2018 telah dilaksanakan pada 28 Disember 2017. Pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan alam persekolahan 2018 kepada semua warga Sekolah...
BENGKEL TAHSIN AL QURAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2017 ZON 3
Pada 4 sehingga 6 Ogos 2017 telah berlangsungnya Bengkel Tahsin Al Quran Sijil Menengah Agama (SMA) bagi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Zon 3 Tahun 2017. Pada tahun ini, SMA Al Ittifaqiyyah Guai telah menjadi Tuan Rumah Zon 3 untuk bengkel tersebut. Sebanyak 6 buah sekolah yang mewakili zon 3 telah menyertai bengkel ini, iaitu SMA Chenor, SMA Al Wosto, SMA Al Khairiah, SMA Pelangai dan SMAR Darul Naim. Setiap sekolah telah menghantar 30 orang calon SMA ke bengkel tersebut. Tujuan...
PROGRAM PEMANTAUAN 4K
Pada 18 Julai 2017, Pegawai-pegawai daripada JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG telah bertandang ke SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI unuk Program Pemantauan 4K (kerohanian, kebersihan, keselamatan & kebersihan). Pegawai-pegawai tersebut telah melawat ke seluruh pelusuk sekolah termasuk asrama bagi menyelia dan memantau untuk program tersebut. Pemantauan akan dinilai berdasarkan 4 aspek berikut kerohanian, kebersihan, keselamatan & kebersihan.
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI SMAIG 2017
Pada 19 Julai 2017 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri SMAIG. Majlis bermula pada jam 11 pagi. Warga SMAIG mengalu-alukan kedatangan jemputan yang telah hadir memeriahkan majlis. Antara jemputan yang hadir adalah Pegawai Perhubungan Sekolah SI. Muda Bin Mat Hassan dari IPD Bera, AJK PIBG SMAIG, guru & staff SK Guai, JKKK Kampung Guai dan AJK Masjid Kampung Guai. Pelbagai juadah yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk para tamu, antaranya ialah sate ayam/daging, lemang,...

