TAKLIMAT KESEDARAN TALASEMIA 2020
Pada 7 Januari 2020 telah berlangsungnya Taklimat Kesedaran Talasemia bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai-pegawai daripada Unit Kesihatan Sekolah Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya untuk menjalani ujian saringan Talasemia. Talasemia merupakan sejenis penyakit keturunan yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.Setelah taklimat disampaikan,...
PELANCARAN "SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA" (4S)
Pada 6 Januari 2020 telah berlangsung Majlis Pelancaran " SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA" (4S). Program ini dibawah anjuran Jawatankuasa 4K bahagian kerohanian. Program ini telah melibatkan beberapa orang alumni pelajar SMA AL Ittifaqiyyah Guai yang menggalas tanggungjawab membuat persembahan gimik lakonan untuk pelancaran 4S tersebut. Antara nilai yang boleh diambil daripada persembahan tersebut adalah datang awal ke sekolah, sentiasa berpakaian bersih, menghormati guru dan membantu guru tika di...
TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 BAGI SESI 2020
Pada 14 Disember 2019 telah berlangsungnya satu temu uji kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2020. Temu uji ini diadakan serentak di seluruh negeri Pahang. Calon-calon yang hadir telah menjalani beberapa ujian iaitu ujian bertulis, ujian membaca jawi dan ujian bacaan Al Quran bagi melayakkan diri untuk masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG BAGI SESI 2019
Permohonan kemasukkan ke tingkatan 1 SMA Pahang bagi sesi persekolahan 2019 akan dibuka mulai 10 Ogos 2018. Orang ramai boleh mengisi borang permohonan secara ONLINE melalui laman web rasmi http://esma.pahang.gov.my.
Tarikh Tutup Permohonan pada 15 September 2018 (Sabtu)
Tarikh Temu uji pada 06 Oktober 2018 (Sabtu)
Tarikh menyemak keputusan temu uji pada 26 Oktober 2018 (Jumaat)
PERMOHONAN SELEPAS TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DILAYAN.
Tarikh Tutup Permohonan pada 15 September 2018 (Sabtu)
Tarikh Temu uji pada 06 Oktober 2018 (Sabtu)
Tarikh menyemak keputusan temu uji pada 26 Oktober 2018 (Jumaat)
PERMOHONAN SELEPAS TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DILAYAN.