Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

MINGGU PENGETAHUAN & PERSAUDARAAN (MPP) TINGKATAN 1 2018

 Pada 26 sehingga 28 Januari 2018 yang lepas, satu program orientasi pelajar baharu telah diadakan. Program yang dinamakan sebagai Minggu Pengetahuan & Persaudaraan khususnya untuk pelajar Tingkatan 1 2018. Seramai 85 orang murid tingkatan 1 telah menyertai program ini. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut telah dilaksanakan oleh mantan pelajar SMA Al Ittifaqiyyah Guai batch 2012-2016, diketuai oleh Saudara Muhammad Safwan Bin Abd Halim selaku pengarah program serta 19 orang lagi merangkap sebagai ahli jawatankuasa dan fasilitator program. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tingkatan 1 tentang alam persekolahan, mendidik murid agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup di asrama serta melatih murid-murid berdisiplin dan berdikari. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan untuk murid-murid tingkatan 1. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Pengetua SMAIG, Tuan Haji Zulkifli Bin Md Nor.

Untuk melihat lebih banyak foto program sila klik link di bawah
http://sman.pahang.edu.my/schools/12/galleries/395

Tag: MPP 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini