Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Itifaqiyyah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

UJIAN SARINGAN TALASEMIA TINGKATAN 4 2021

Pada 21 April 2021 telah berlangsung program ujian saringan Talasemia. Ujian saringan ini telah dilaksanakan oleh jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Ujian ini telah dilaksanakan kepada pelajar -pelajar tingkatan 4 sahaja. Pelajar-pelajar telah ditaklimatkan tentang talasemia oleh Dr. Raja Nurul Ain Az-Zahra binti Raja Soh pegawai perubatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Apa itu talasemia ? Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan. Penyakit ini diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Ujian saringan Talasemia hanya perlu dilakukan sekali  seumur hidup. Bagi pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di semua sekolah.

Tag: TALASEMIA 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini