BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI
SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI – Pada 3 Februari sehingga 4 Februari 2017, Jawatankuasa Badan Disiplin SMAIG telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar kepada semua pengawas sekolah dan exco-exco asrama putera dan puteri. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari bertempat di Makmal Bahasa SMAIG. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara untuk menguruskan sesuatu organisasi, membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri, menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. Selain itu juga, bengkel ini bermatlamat membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti, meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan, menanam sikap yang bertanggungjawab, melahirkan pemimpin yang menjadi role model kepada pelajar lain, memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel tersebut ialah slot bersama pentadbir dan guru-guru SMAIG, slot Inovasi Kepimpinan Ikthias 2017 oleh WTA Consultant and Training serta slot bersama Pengerusi dan AJK PIBG SMAIG. Diharapkan bengkel ini dapat memberikan impak kepada pelajar khususnya dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan sekolah dan asrama. Bengkel ini secara amnya dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Ia juga telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hasil kerjasama penganjur dan fasilitator serta semua pelajar yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung.
“KEPIMPINAN BERTERASKAN INSAN KAMIL”
�WD
0 komen