Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

SELAMAT DATANG KEPADA PASUKAN PEMANTAUAN 4K

23 Ogos 2022 | SELASA

Pasukan Pemantau 4K , telah hadir ke SMA Pulau Tawar pagi ini. Pemantauan ini merupakan rutin tahunan ke semua SMAN Pahang. Antara tujuannya untuk mempastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan teratur , agar dapat memberikan semangat dan motivasi yang tinggi dikalangan murid-murid untuk menuntut ilmu di sekolah. Adalah diharapkan semua urusan berjalan lancar. SMA Pulau Tawar Ceria dan Menjadi Sumber Inspirasi kepada semua hendaknya.

Tag: #4K

Papar Artikel

POST MORTEM AUDIT ISO SEKOLAH

18 OGOS | KHAMIS

Satu mesyuarat khas sekolah telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, SMA Pulau Tawar. Tujuan mesyuarat untuk melakukan semakan dan postmortem terhadap keputusan Audit ISO, kelmarin. Semua warga sekolah terlibat di dalam mesyuarat yang diadakan pada jam 2.00 petang. Semua guru dan kakitangan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pentadbir sekolah. Mesyuarat telah di tamatkan pada jam 3.00 petang.

Tag: #iso

Papar Artikel

AUDIT MS ISO 9001:2015 SEKOLAH

17 OGOS 2022 | RABU

Satu pasukan pemantauan ISO telah hadir ke SMA Pulau Tawar pada pagi ini. Adalah menjadi perkara biasa bagi semua sekolah SMAN, setiap tahun akan dilakukan pemantauan ISO sekolah. Disoakan semoga semuanya berjalan lancar dan teratur.

Tag: #iso

Papar Artikel

LAWATAN PEGAWAI MUIP JERANTUT KE SMA PULAU TAWAR

11 OGOS | KHAMIS | 13 MUHARRAM 1444H

Alhamdulillah, pada pagi ini SMA Pulau Tawar telah dikunjungi oleh MUIP Jerantut. Kehadiran wakil pegawai MUIP Jerantut ini adalah untuk menyerahkan sumbangan wang zakat pendidikan kepada murid-murid dari keluarga yang memerlukan bantuan. Seramai 168 murid yang terpilih telah menerima sumbangan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada MUIP Jerantut kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. 

Tag: #ZAKAT