Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

KLINIK AL-QURAN DAN TAJWID

8 Februari | 17 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Klinik Al-Quran dan Tajwid telah berjaya dilaksanakan bermula pagi ini. Program dilaksanakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru AL-Quran SMAPT.  Kelihatannya pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2, bersungguh-sungguh belajar Al-Quran dan tajwid. Moga-moga akan lahir para qori dan qoriah di satu masa nanti.

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

UJIAN MENDENGAR & BERTUTUR SPM 2022/23

7 FEBRUARI | 16 REJAB 1444 HIJRAH | JERANTUT

Peperiksaan SPM telah pun bermula. Dimulakan dengan Ujian Mendengar & Bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ujian ini bermula pada 7 hingga 16 Februari 2023. Mohon doa semua , agar dipermudahkan anak-anak pelajar SMAPT menjawab soalan-soalan SPM.

Tag: #SPM2022

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI - MUHASABAH DIRI

7 FEBRUARI 2023 | 16 REJAB 1444 HIJRAH | JERANTUT

Program Akhir Tahun 2022/23 masih diteruskan di SM Agama Pulau Tawar. Pagi ini satu program motivasi telah diadakan di surau SMAPT. Program bertajuk “ Muhasabah Diri “. Telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shah Bin Jamlus dari Kg. Ulu Cheka, Jerantut. Makluman terkini, Us. Ahmad Shah bin Jamlus , adalah Imam dan Ketua Kampung Ulu Cheka. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah Unitech, Timbalan Pengarah PLKN Pahang, Penolong...

Tag: #program akhir tahun 2022