Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Tag: "#maahadsas2023"

Papar Artikel

MAJLIS IFTAR JAMAIE RAMADAN

BANDAR JENGKA - Majlis Iftar Jamaie Ramadan berlangsung pada 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadan 1444H pada hari Isnin di Dewan Makan Asrama. Majlis ini dihadiri oleh para guru, staf dan pelajar asrama. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan ucapan daripada Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Pelbagai juadah makanan disediakan semasa majlis tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran ahli keluarga para guru dan staf.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MEMASAK BUBUR LAMBUK

BANDAR JENGKA - Pada 14 April 2023 bersamaan 23 Ramadan 1444H, hari Jumaat, Majlis Khatam Al-Quran dan Memasak Bubur Lambuk diadakan di Dewan Saidina Ali dan parking guru. Majlis bermula dengan Khatam Al-Quran yang di ketuai oleh Encik Safarizan dan beberapa wakil pelajar lelaki. Majlis bersambung dengan memasak bubur lambuk di parking guru yang dibantu oleh jawatankuasa guru. Selesai memasak bubur lambuk, para guru bertugas mengagihkan bubur lambuk kepada guru, staf dan pelajar.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,PSS,SPBT&EXCO ASRAMA SESI 2023

BANDAR JENGKA - Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Exco Asrama berlangsung pada 10 April 2023 bersamaan 19 Ramadan 1444H pada hari Isnin. Majlis bertempat di Dewan Saidina Ali selepas perhimpunan pagi. Ketua Pelajar untuk sesi kali ini ialah Muhammad Rizqin bin Rizal dari kelas 5 Al-Kindi. Majlis ini dirasmikan oleh Inspektor Muhammad Syafiq bin Zainal Abidin dari IPD Maran.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

PELANCARAN USRAH 2023

BANDAR JENGKA - Pada 3 April 2023 bersamaan 12 Ramadan 1444H, hari Isnin, majlis pelancaran program usrah telah diadakan di Dewan Saidina Ali semasa perhimpunan pagi. Program usrah ini adalah di bawah kelolaan Badan Islam dan Kerohanian (BADIK). Majlis ini dirasmikan oleh GPK HEP, Encik Mohd Zaliki bin Kadir. Tema usrah tahun ini adalah generasi unggul. Diharapkan para pelajar terus istiqamah dan melibatkan diri secara aktif semasa program usrah dijalankan.

Tag: #maahadsas2023