Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

PELANCARAN USRAH 2023

BANDAR JENGKA - Pada 3 April 2023 bersamaan 12 Ramadan 1444H, hari Isnin, majlis pelancaran program usrah telah diadakan di Dewan Saidina Ali semasa perhimpunan pagi. Program usrah ini adalah di bawah kelolaan Badan Islam dan Kerohanian (BADIK). Majlis ini dirasmikan oleh GPK HEP, Encik Mohd Zaliki bin Kadir. Tema usrah tahun ini adalah generasi unggul. Diharapkan para pelajar terus istiqamah dan melibatkan diri secara aktif semasa program usrah dijalankan.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

PROGRAM SAMBUTAN RAMADAN AL-MUBARAK

BANDAR JENGKA - Pada 24 Mac 2023 hari Jumaat, Unit Kerohanian 4K Ma'ahad SAS menganjurkan Program Sambtuan Ramadan Al-Mubarak peringkat sekolah. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi di Dewan Saidina Ali dan dirasmikan oleh Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Program dimulakan dengan solat hajat dan tazkirah ringkas. Antara pengisian bulan Ramadan adalah tadarus Al-Quran, infaq Ramadan, khatam Al-Quran dab Iftar Jamaie. Undangan istimewa ialah Saifullah bin Khanip Rofli, bekas...

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOKURIKULUM

BANDAR JENGKA - Mesyuarat Agung unit Kokurikulum dilaksankan pada 22 dan 23 Mac 2023. Pada 22 Mac 2023, mesyuarat agung dimulakan dengan sukan dan permainan pada pukul 11 pagi dan bersambung dengan unit beruniform pada pukul 1.30 petang. Manakala pada 23 Mac 2023, mesyuarat agung untuk kelab dan persatuan pada pukul 11 pagi dan rumah sukan pada pukul 1.30 petang. Para pelajar dan guru menghadirkan diri dalam mesyuarat agung mengikut jadual yang ditetapkan.

Tag: #maahadsas2023