KEJOHANAN MERENTAS DESA SMAIG
SMA GUAI - Pada 10 MAC 2017, telah berlangsungnya acara Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Semua pelajar SMAIG telah menyertai acara ini. Acara ini merupakan acara tahunan sekolah. Sebelum memulakan larian, pelajar-pelajar melakukan senaman ringan untuk mengelakkan berlaku kecederaan dan sebagainya. Pelajar-pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika merentas desa. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan larian sebanyak 10...
MAJLIS PERPISAHAN USTAZ MOHD IZHAR BIN DAUD
SMA GUAI – Pada 10 MAC 2017, satu majlis perpisahan telah diadakan di perkarangan Dataran Ar Rayyan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan perpisahan Ustaz Mohd Izhar yang akan bertukar ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB). Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, bacaan ayat suci al quran oleh Sheikh Shaaban seterusnya ucapan aluan pengetua. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan mendengar amanat terakhir yang telah disampaikan oleh insan yang dirai...
MASISUPA ZON 3 2017
Pada 1 – 5 Mac 2017 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) Peringkat Zon 3 bertempat di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran. Kejohanan ini telah sertai oleh pelajar – pelajar dari beberapa sekolah-sekolah agama iaitu SMA CHENOR, SMA AL WOSTO, SMA AL KHAIRIAH, SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI, SMA PELANGAI dan SMA DARUL NAIM KUALA KRAU. Antara acara Ilmiah yang dipertandingkan adalah Syarahan BM, BI dan BA, Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al...
KURSUS ALAT MUZIK PERCUSSION DI SUTRA NURANI ENTERPRISE
Pada 18 Februari 2017: Kelab Nasyid dan Kesenian SMAIG dibawah pengurusan KoKurikulum SMAIG telah mengadakan Kursus Percussion yang bertempat di Sutra Nurani Enterprise Bandar Baru Selayang, Batu Caves Selangor. Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada ahli kelab cara bermain alat muzik percussion dengan betul, melahirkan golongan pelajar yang berkebolehan dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menambah pengetahuan pelajar dan kemahiran...