MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZAMZABAR BIN ABD RAHIM
Yang datang pasti akan pergi, Itulah lumrah di alam ini. Begitu juga dengan warga Sma Al Ittifaqiyyah Guai. Pada 19 JuIai 2017 ini, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Zamzabar Bin Abd Rahim akan bersara. Beliau merupakan perintis awal di sekolah ini dan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam pembangunan di sekolah. Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah. Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Tanggal 19 Julai 2017 merupakan hari terakhir Cikgu Zamzabar...
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2017
Sesi persekolahan bagi tahun 2017 telah bermula. Bagi memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di SMA Al Ittifaqiyyah Guai berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan di SMA Al Ittifaqiyyah Guai pada 13 Julai 2017 baru-baru ini. Seperti mana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong...
MAJLIS PERMUAFAKATAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2016
Tanggal 22 jun 2017 telah berlangsungnya Majlis Permuafakatan Dan Anugerah Cemerlang 2016. Tujuan Majlis Permuafakatan merupakan agenda sekolah bagi menyampaikan maklumat tentang hala tuju dan harapan sekolah mankala Majlis Anugerah Kecemerlangan pula bertujuan menghargai pencapaian pelajar dan guru dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum 2016. Selain itu program ini bertujuan Memupuk semangat dan motivasi dalam diri pelajar seterusnya melakukan anjakan paradigm serta memperkukuh hubungan...
SAMBUTAN HARI GURU 2017
Tanggal 16 Mei 2017, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan yang setiap tahun diadakan ini telah dianjurkan oleh Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMA Al-Ittifaqiyyah, Guai. Pelbagai aktiviti menarik bagi meraikan guru-guru SMA Al-Ittifaqiyyah Guai. Sambutan dimulakan dengan upacara gimik perasmian oleh pelajar-pelajar. Seusai perasmian, acara sukaneka bermula. Antara aktiviti yang diadakan ialah pancing botol, balingan...

