Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Tag: "smapt"

Papar Artikel

MOHD SYAHRULNIZOM BIN SAHARUDIN MENJADI PELAJAR CEMERLANG SPM 2018, SM AGAMA PULAU TAWAR

28 JUN 2019 | JUMAAT
 
Pelajar Mohd Syahrulnizom bin Saharudin, telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang 2018, SMA Pulau Tawar. Beliau telah berjaya memperolehi 9A SPM 2018. Inilah pencapai terbaik yang pernah dicapai oleh pelajar SMA Pulau Tawar. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Hj. Mohd Gazali (DIMP, AMP), Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 SMA Pulau Tawar. Program tersebut juga turut dihadiri oleh YDP, AJK PIBG SMAPT...

Tag: #MAJLIS anugerah kecemerlangan 2018 smapt

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI RAYA SMA PULAU TAWAR MERIAH

13 JUN 2019, JERANTUT

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SMA Pulau Tawar telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 13 Jun 2019. Persediaan telah dimulakan sejak malam Khamis, dengan aktiviti menyusun dan menghias dewan serta membakar lemang. Puan Pengetua sendiri dengan rela hati telah menyediakan roti jala khas raya pada awal pagi . Turut membantu semua guru dan murid-murid menyediakan dan menhidang juadah hari raya. Jamuan Hari Raya dimulakan dengan ucapan Pengetua. Turut hadir AJK PIBG...

Tag: #hari raya 2019 smapt

Papar Artikel

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN & ILMIAH SMA PULAU TAWAR

27 JANUARI 2019 | AHAD

JERANTUT: “Karnival Sukan & Ilmiah SMA Pulau Tawar berjaya mencungkil murid-murid yang berbakat.” Begitulah di antara ucapan perasmian penutup Karnival Sukan & Ilmiah SMA Pulau Tawar pada hari ini oleh Pn. Saniah bt Muhammad, AMP (Pengetua SMAPT). Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga SMA Pulau Tawar yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Tanpa kesepakatan bersama, program tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan...

Tag: #penutup karnival sukan ILMIAH smapt