Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Papar Artikel

SEMINAR BIOLOGI & FIZIK SPM 2018

TARIKH: 13-14 SEPTEMBER 2018
TEMPAT: MUDARRAJ

Seminar SKOR A Biologi dan Fizik telahpun berjaya diadakan untuk pelajar aliran sains tulen. Sasaran utama seminar tertumpu kepada calon SPM 2018 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018 tidak lama lagi. Terima kasih buat Tn Hj Zulkarnain bin Hj Jamaluddin dari SMK Tengku Abdullah dan Pn. Akmar binti Abd Rashid di atas perkongsian terperinci yang dikongsikan kepada pelajar.  

Tag: spm SKOR A

Papar Artikel

SEMINAR SKOR A SAINS SPM 2018


TARIKH: 7 SEPTEMBER 2018
TEMPAT: MUDARRAJ

Berbaki kurang 3 bulan, calon SPM 2018 meneruskan persiapan sebelum menghadapi peperiksaan. Seminar SKOR A Sains telah menjemput Puan Rahana binti Ahmad dari 
SMK Paloh Hinai untuk sesi perkongsian kali ini. Semoga calon SPM SMATAF dapat mengaplikasikan input penting dapatan dari seminar ini.

Tag: spm

Papar Artikel

PPIM SMATAF SERLAH SEMANGAT 'SAYANGI MALAYSIAKU' DI DATARAN PEKAN

PEKAN, Jumaat - ‘Sayangi Malaysiaku’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun ini, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri pelajar, kontinjen Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMATAF telah menyertai Pertandingan Perbarisan Unit Beruniform sempena Hari Kebangsaan kali ke 61 peringkat Daerah Pekan. Sambutan yang diadakan pada tarikh keramat 31 Ogos 2018 di...

Tag: PPIM.MERDEKA.2018

Papar Artikel

SMATAF : Cemerlang Bestari, Gemilang Pasti

TARIKH : 16 OGOS 2018
TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK, KUANTAN

KUANTAN – Seramai 46 orang pelajar cemerlang SMA tahun 2017, 18 orang pelajar cemerlang SPM tahun 2017 dan 11 orang guru cemerlang SMA dan SPM tahun 2017 SMATAF telah diraikan sebagai penerima anugerah cemerlang di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang Kali ke 17 tahun 2018. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail,...

Tag: wacana.2018